Log masuk
Daftar

Bantuan

Di manakah fail saya disimpan?

Fail-fail anda dihoskan di dalam pelayan berkelajuan tinggi kami dan juga di storan awan individu yang selamat.
Mengapa saya perlu mendaftar?

Untuk menggunakan servis kami, anda perlu membuat sebuah akaun dan menyiapkan storan awan persendirian anda.
Apakah pengesahan akaun 4Sync?

Selepas anda mendaftar akaun di 4Sync, anda perlu membuat pengesahan untuk mendapatkan akses kepada servis dan kelebihan 4Sync.
Mengapa perlu saya mengesahkan akaun 4Sync sendiri?

Pengesahan akaun akan mengesahkan alamat email yang anda gunakan ketika membuka akaun, adalah alamat email anda sendiri, dan anda mempunyai akses terhadapnya.
Bagaimana untuk membuat pengesahan akaun 4Sync saya?

Dengan menyertai 4Sync, anda akan menerima email berserta pautan pengesahan akaun. Anda perlu klik pada pautan tersebut untuk mengesahkan akaun anda.
Jika anda tidak menerima sebarang email pengesahan, sila periksa folder Spam pada akaun email anda.
Bagaimana untuk mengubah kata laluan akaun 4Sync saya?

  1. Pergi ke Tetapan di bahagian atas sebelah kanan halaman akaun 4Sync anda.
  2. Klik Tetapan dan pilih bahagian Ringkasan Akaun.
  3. Klik pada pilihan Ubah Kata Laluan.
  4. Masukkan kata laluan akaun anda yang baru dalam ruangan Kata Laluan Terdahulu; masukkan kata laluan yang baru di ruangan Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan.
  5. Klik OK untuk simpan tetapan.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan di 4Sync?

  1. Jika anda lupa kata laluan, buka pautan http://www.4sync.com/remindPassword.jsp.
  2. Masukkan alamat email yang berkait dengan akaun 4Sync anda di dalam petak dan tekan "→" untuk mendapat arahan memulih semula kata laluan yang seterusnya.
  3. Klik pada pautan memulih kata laluan di akaun email anda.
  4. Masukkan kata laluan yang baru pada Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan pada ruang di halaman yang dibuka dan klik "Simpan Kata Laluan".
Berapa banyak ruang storan yang saya perolehi di 4Sync?

Sebagai pengguna 4Sync, anda akan memperoleh storan awan yang selamat sebanyak 1 TB.
Bagaimana saya boleh mengakses akaun 4Sync dengan menggunakan laman sesawang?

  1. Sila pergi ke 4sync.com
  2. Klik "Log masuk".
  3. Masukkan kata nama dan kata laluan 4Sync anda
  4. Klik pada butang "Log Masuk".
  5. *Anda juga boleh log masuk ke 4Sync dengan menggunakan Facebook/Twitter/Google +
Bagaimana untuk memuat naik fail/folder ke akaun 4Sync saya menggunakan laman sesawang?

Gunakan pilihan "Muat naik fail" atau "Muat naik folder" di bahagian atas menu atau di bawah halaman web sesawang akaun 4Sync anda.
Bagaimana untuk memuat turun fail/folder daripada akaun 4Sync saya melalui laman sesawang?

  1. Pilih (Tanda) sesuatu fail/folder dalam akaun 4Sync anda dab klik butang "Muat turun" pada menu di bahagian atas akaun anda; atau klik kanan pada fail/folder dan membuat pilihan Muat turun pada menu yang terbuka.
  2. Gunakan pilihan "Muat turun sebagai Zip" untuk memuat turun sesuatu fail/folder sebagai fail zip.
Bagaimana saya boleh menambah folder pada akaun 4Sync dengan menggunakan laman sesawang?

Klik "Folder Baru" pada menu di bahagian atas akaun 4Sync anda.
Isi nama folder di dalam petak yang muncul dan klik padanya.
Bagaimana saya boleh berkongsi pautan kepada fail/folder dari akaun 4Sync saya menggunakan laman sesawang?

  1. Pilih (Tanda) pada fail dalam akaun 4Sync anda dan klik butang "Kongsi" pada menu di bahagian atas akaun anda; atau klik kanan pada fail/folder yang anda ingin kongsikan dan membuat pilihan Kongsi pada menu yang terbuka.
  2. Gunakan Muat turun atau pun Pautan fail secara terus /pada pautan perkongsian folder di tetingkap yang dibuka untuk berkongsi fail/folder.
Bagaimana untuk berkongsi fail/folder dari akaun 4Sync saya melalui email menggunakan laman sesawang?

  1. Pilih (Tanda) sesuatu fail/folder dalam akaun 4Sync anda dan klik butang "Kongsi" pada menu di bahagian atas akaun anda; atau klik kanan pada fail/folder yang anda ingin kongsikan dan membuat pilihan Kongsi pada menu yang terbuka.
    1. Untuk fail-fail : klik pada tab "Hantar".
  2. Masukkan alamat email penerima fail/folder yang anda inginkan.
    *klik "Tambah pesanan" untuk menghantar apa-apa pesanan bersama-sama fail/folder.
  3. Klik "Hantar".
Bagaimana saya boleh berkongsi fail/folder dari akaun 4Sync saya dengan rakan-rakan Facebook di laman sesawang?

  1. Pilih (Tanda) sesuatu fail/folder dalam akaun 4Sync anda dan klik butang "Kongsi" pada menu di bahagian atas akaun anda; atau klik kanan pada fail/folder yang anda ingin kongsikan dan membuat pilihan Kongsi pada menu yang terbuka.
    1. Untuk fail-fail : buka tab " Hantar ".
  2. Klik "Hubung Ke Facebook" untuk menghubungkan akaun Facebook dan 4Sync bersama.
  3. Klik "OK" pada tetingkap yang dibuka supaya 4Sync mendapat akses kepada senarai rakan anda di Facebook.
  4. Buat pilihan terhadap rakan yang anda ingin berkongsi fail bersama.
  5. Klik "Hantar".
Apakah akses untuk folder yang dibenarkan di 4Sync?

  1. "Akses Persendirian" menandakan bahawa akses perkongsian folder berkenaan hanya diberikan kepada seseorang melalui undangan sahaja.
  2. "Akses Awam" terhadap folder memberi akses kepada setiap orang melalui pautan perkongsian folder.
Bagaimana saya boleh mengubah akses yang dibenarkan untuk sesuatu folder pada akaun 4Sync dengan menggunakan laman sesawang?

  1. Pilih (Tanda) pada folder dalam akaun 4Sync anda dan klik butang "Kongsi" pada menu di bahagian atas akaun anda; atau klik kanan pada folder yang anda ingin kongsikan dan membuat pilihan Kongsi pada menu yang terbuka.
  2. Pada tetingkap yang dibuka pilih "Lihat Sahaja" atau "Muat Naik & Ubah" akses folder yang dibenarkan untuk pengguna tertentu, atau klik "X" untuk tidak memberi akses pada folder tersebut.
  3. Klik "Simpan" untuk mengubah tetapan akses kepada folder.
Bagaimana untuk memberi kata laluan pada sesebuah folder dari akaun 4Sync saya melalui laman sesawang?

  1. Pilih (Tanda) pada folder dalam akaun 4Sync anda dan klik butang "Kongsi" pada menu di bahagian atas akaun anda; atau klik kanan pada folder yang anda ingin kongsikan dan membuat pilihan Kongsi pada menu yang terbuka.
  2. Klik pautan "Lebih banyak pilihan perkongsian" pada tetingkap yang terbuka.
  3. Buka tab "Guna Kata Laluan" .
  4. Masukkan kata laluan yang anda inginkan dan klik "Guna".
  5. Klik "Siap" untuk simpan tetapan.
Bagaimana untuk membuat sub-domain untuk sesebuah folder dari akaun 4Sync saya melalui laman sesawang?

  1. Pilih (Tanda) pada folder dalam akaun 4Sync anda dan klik butang "Kongsi" pada menu di bahagian atas akaun anda; atau klik kanan pada folder yang anda ingin kongsikan dan membuat pilihan Kongsi pada menu yang terbuka.
  2. Klik pautan "Lebih banyak pilihan perkongsian" pada tetingkap yang terbuka.
  3. Masukkan sub-domain yang anda inginkan dan klik "Guna".
  4. Klik "Siap" untuk simpan tetapan.
Bagaimana saya boleh menyiarkan sesuatu fail/folder dari akaun 4Sync dalam blog atau forum di laman sesawang?

  1. Pilih (Tanda) sesuatu fail/folder dalam akaun 4Sync anda dan klik butang "Kongsi" pada menu di bahagian atas akaun anda; atau klik kanan pada fail/folder yang anda ingin kongsikan dan membuat pilihan Kongsi pada menu yang terbuka.
    1. Untuk fail-fail: klik tab "Pilihan Lain" pada tetingkap yang dibuka untuk mengakses fail HTML, embed (audio/video) dan kod-kod forum.
    2. Untuk folder-folder: klik tab "Kod-kod HTML & forum" pada tetingkap yang dibuka untuk mengakses dan menggunakan pautan HTML serta forum pada folder tersebut.
Bagaimana untuk embed sesuatu folder dari akaun 4Sync pada laman sesawang atau blog saya?

  1. Pilih (Tanda) pada folder dalam akaun 4Sync anda dan klik butang "Kongsi" pada menu di bahagian atas akaun anda; atau klik kanan pada folder yang anda ingin kongsikan dan membuat pilihan Kongsi pada menu yang terbuka.
  2. Klik pautan " Lebih banyak pilihan perkongsian " pada tetingkap yang dibuka.
  3. Buka tab "Embed sebagai Senarai".
  4. Pilih antara tab "Embed Folder" atau "Widget" untuk mengakses dan menggunakan kod-kod embed sesuatu folder.
  5. Klik "Siap" untuk keluar daripada tetapan perkongsian folder.
Apakah Program Rujukan 4Sync?

Intipati Program Rujukan 4Sync adalah untuk menyediakan penambahan masa keahlian 4Sync secara percuma kepada pengguna servis berdaftar (Pengguna Sedia Ada) dan juga rakan-rakan mereka (Pengguna Yang Dirujuk) yang mendaftar di 4Sync dengan menggunakan pautan Undangan unik Pengguna Sedia Ada.

Demikian juga, Pengguna Yang Dirujuk akan menerima keahlian 4Sync secara percuma selama sebulan sebaik sahaja mereka melengkapkan langkah-langkah “Pemasangan Kelayakan” termasuklah:
  1. Membuat akaun 4Sync yang baru menggunakan Pautan Referral.
  2. Pasang salah satu aplikasi mudah alih atau desktop 4Sync pada peranti mudah alih atau komputer, di mana 4Sync tidak pernah dipasang sebelum ini.
  3. Pastikan log masuk pertama mereka ke akaun 4Sync yang baru dibuka (sila lihat langkah 1) menggunakan aplikasi 4Sync yang dipasang.
Pengguna Sedia Ada akan menerima keahlian 4Sync secara percuma selama sebulan untuk setiap “Pemasangan Kelayakan” dengan menggunakan pautan Referral unik mereka.

Selain itu, Pengguna Sedia Ada juga akan menerima keahlian 4Sync selama dua bulan secara percuma dengan setiap pembelian akaun Premium 4Sync yang dilakukan oleh Pengguna Yang Dirujuk mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Terma dan Syarat Program Rujukan 4Sync.
Saya ingin menyertai Program Rujukan 4Sync! Bagaimana untuk saya merujuk rakan-rakan saya?

Untuk menyertai Program Rujukan 4Sync, apa yang anda perlukan adalah seperti yang berikut:

Pada laman Web:
  1. Log masuk ke akaun 4Sync anda.
  2. Klik “Tetapan.”
  3. Klik “Mengundang Rakan.”
Pada halaman “Mengundang Rakan” yang terbuka, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan alamat emel rakan anda secara manual, atau mengimportnya secara terus melalui Gmail.

Jika anda mahukan, anda juga boleh berkongsi pautan unik Referral (“Invite”) anda di rangkaian sosial: Facebook, Google, Twitter, dan VK.

Anda juga boleh membuat salinan pautan Referral (“Invite”) anda dan memasukkannya ke dalam laman web, blog dan forum, berkongsi bersama rakan yang lain dengan menggunakan aplikasi IM, menghantar melalui emel persendirian, etc.

Untuk aplikasi mudah alih 4Sync:
  1. Muat turun& pasang aplikasi 4Sync daripada App Store atau Google Play atau kemaskini aplikasi ke versi paling baru pada peranti mudah alih anda.
  2. Daftar masuk ke aplikasi 4Sync Android/iOS menggunakan log masuk dan kata laluan akaun 4Sync anda.
  3. Pada 4Sync untuk Android : tekan “Settings” di bahagian atas menu.
    Pada 4Sync untuk iOS : tekan ”Profile” di bahagian bawah menu.
  4. TTekan “Menjemput Rakan.”
  5. Masukkan emel rakan anda di ruangan yang disediakan.
  6. Tekan “Hantar Jemputan.”
  7. Satu emel dengan pautan Jemputan unik anda (Rujukan) akan dihantar kepada rakan anda.
Bagaimana untuk mengetahui berapa banyak bulan keahlian 4Sync yang saya perolehi?

Setiap kali rakan anda menyertai 4Sync menggunakan pautan Referral (“Invite”) dan melengkapkan langkah “Pemasangan Kelayakan” yang diperlukan, kami akan memaklumkan anda serta rakan anda tentang resit Ganjaran Referral melalui emel dan notifikasi pada akaun 4Sync.

Jika rakan Rujukan anda membuat pembelian akaun Premium 4Sync, anda juga akan menerima emel dan notifikasi pada akaun 4Sync tentang pengaktifan tambahan dua bulan percuma akaun 4Sync anda.

Nota: Sejurus selepas anda menerima Ganjaran Referral, bulanan keahlian 4Sync percuma anda akan disenaraikan pada statistic akaun 4Sync yang terdapat di tetapan akaun anda (“Tetapan” > “Ringkasan Akaun”).
Jika rakan saya menyertai 4Sync menggunakan emel yang berlainan daripada emel “Invite” yang saya hantarkan, adakah saya akan menerima Ganjaran Referral?

Sudah semestinya. Selagi rakan anda menyertai 4Sync menggunakan pautan Referral “Invite” anda dan melengkapkan langkah-langkah pada “Pemasangan Kelayakan”, kedua pihak akan menerima tambahan keahlian 4Sync secara percuma selama sebulan.
Jika saya mengambil keputusan untuk membeli akaun Premium 4Sync, bolehkah saya menyimpan Ganjaran Referral?

Sudah semestinya! Jika anda membuat untuk membeli keahlian Premium 4Sync, anda masih boleh menyimpan tambahan percuma 4Sync anda.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai 2 bulan percuma dan ingin membeli akaun Premium 4Sync selama 1 tahun, anda dapat menikmati kelebihan 4Sync Premium untuk: 2+12=14 (empat belas) bulan.
Adakah Ganjaran Referral 4Sync saya akan tamat tempoh?

Ganjaran Referral anda tidak akan tamat tempoh selagi anda mempunyai akaun 4Sync yang aktif.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila lawati Terma Terma dan Syarat Program Rujukan 4Sync yang lengkap.
Berapa banyakkah Ganjaran Referral yang boleh saya perolehi?

Menurut Terma Program Rujukan 4Sync, setiap Pengguna Yang Dirujuk akan memberi tambahan sebulan 4Sync secara percuma. Setiap Pengguna Sedia Ada akan menerima tambahan sebulan 4Sync secara percuma untuk setiap “Pemasangan Kelayakan” yang dilakukan menggunakan pauntan Referral.

Lebih banyak “Pemasangan Kelayakan” yang dilakukan, lebih banyak bulanan 4Sync secara percuma yang diperoleh Pengguna Sedia Ada.

Begitu juga jika lebih ramai Pengguna Yang Dirujuk yang membuat pembelian Premium 4Sync, dan berkait dengan seorang pengguna Sedia Ada, lebih banyak Ganjaran Referral sebanyak 2 bulan percuma yang Pengguna Sedia Ada nikmati.
We Use Cookies. 4Sync uses cookies and other tracking technologies to understand where our visitors are coming from and improve your browsing experience on our Website. By using our Website, you consent to our use of cookies and other tracking technologies. Change my preferences
I Agree